Pokok gemuk tanpa beli baja

5 Cara Jadikan Pokok Sihat dan Gebu Tanpa Beli Baja!
.
.
Tanam pokok bunga, pokok bunga kurus tak berbunga.
Tanam sayur, sayur pun kurus melidi.
Tanam pokok buah tapi tak nampak buah muncul.
.
.
Ini bukan masalah tangan panas atau tak ada bakat berkebun.
.
.
Tanaman pun macam manusia juga. Perlu zat-zat penting untuk membesar dan menggemuk 😀
.
.
Di bawah adalah cara PERCUMA gemukkan dan sihatkan tanaman anda tanpa beli baja.
.
.
Selamat mencuba
Ke arah bercucuk tanam secara organik.

FB_IMG_1512393827301

Suka Minum Kopi? Lepas Buat Kopi,jangan buang terus serbuk kopi. Sebaliknya ambil dan taburkan pada pasu atau tanah. Jika nak rendam dengan air dulu pun boleh. Kemudian siramkan kesemuanya ke pokok anda.
Rule : Jika mahu jadikan kompos, serbuk kopi mesti tidak lebih daripada 25% daripada keseluruhan kompos.
Secara kasarnya kopi mengandungi nisbah unsur a berikut; 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien.
Hati-hati apabila menggunakan serbuk kopi. Ada pokok yang akan membesar dengan jaya dengan serbuk kopi, ada yang tidak ada perubahan tetapi paling ditakuti ada pokok yang terbantut (mungkin kerana kurang sesuai digunakan serbuk kopi pada pokok. Contoh tomato)

FB_IMG_1512393831723

Kulit Pisang

Adalah sumber potassium tinggi bagi tumbuhan. Pisang sedap dimakan. Kulitnya jika selalu dibuang, kini boleh dijadikan makanan sedap dan berkhasiat untuk pokok anda.

Potong-potongkan kulit pisang menjadi potongan kecil. Jemurkan atau keringkan hingga kulit pisang bertukar hitam.

Korek sedikit tanah dan taburkan kulit pisang tadi. Kambus semula tanah untuk elak lalat atau semut menghurung.

Potassium penting untuk bantu tumbuhan dalam menghasilkan makanannya melalui fotosintesis.
Kekurangan potassium boleh membuat pokok terbantut, daun kuning dan gugur sebelum waktu, akar kurang sihat dan buah masak tetapi tidak sekata.

FB_IMG_1512393837426

Kulit telur yang dihancurkan

Kulit telur juga bagus untuk tanaman anda. Ia membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya.

Jika menghancurkan kulit telur menggunakan tangan mungkin pecahannya agak kasar dan lambat terurai, cuba ambil blender kering dan blendkan kulit telur tadi.

Taburkan di sekeliling pokok atau tanamkan ke dalam tanah untuk elak semut dan binatang kecil lain.

FB_IMG_1512393841447

Uncang Teh

Selepas minum teh, uncangnya boleh digunakan untuk tanaman anda.

Campakkan sahaja uncang teh pada pangkal pokok bunga atau pokok buah dalam pasu anda.

Ia bertindak sebagai humus atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah.

Cubalah.

FB_IMG_1512393846193

Kulit udang

Kulit udang atau makanan laut lain seperti ketam, lobster dan kerang adalah baik untuk pokok anda.

Hati-hati dengan baunya yang akan menarik haiwan seperti lalat. Pastikan kulit udang dijemur kering kemudian diblender kering sebelum ditabur pada pasu. Lebih baik ditanam ke dalam sikit di dalam tanah supaya baunya dapat dihindarkan.

Kulit udang mengandungi nitrogen, phosphorus, kalsium dan chitin yang diperlukan pokok untuk membesar dan sihat!

Source gambar : Google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s